Wednesday 10 October 2012

Wednesday 19 September 2012

Wednesday 22 August 2012

Wednesday 8 August 2012

Thursday 19 July 2012

Wednesday 18 July 2012

Friday 13 July 2012

Monday 9 July 2012

Thursday 5 July 2012

Saidina Ali berkata bahawa cahaya Allah terletak dalam hati orang yang makan Delima.
Dikatakan juga barangsiapa memakan 3 biji buah Delima dalam setahun akan terhindar daripada sakit mata bagi tahun itu.
 
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
“Delima membersihkan anda daripada syaitan dan daripada ilham-ilham yag jahat selama 40 hari.”

Wednesday 4 July 2012

Saturday 23 June 2012

> Cara²nya;

✔ Baca doa ini dalam semua solat Fardhu - 5 waktu.

✔ Setiap hari.

✔ Ketika bangkit dari ruku' pada rakaat terakhir.

Sejarah: 70 orang sahabat Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah syahid ketika mereka diutuskan untuk menyampaikan dakwah. Mereka telah dikhianati. Peristiwa ini dikenali sebagai Bi'ru Ma'unah. Dari kejadian ini, Rasulullah صلى الله عليه وسلم membaca Qunut selama sebulan.

♥ Kita umat Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم. Dan Allah telah mengi'tiraf ---> orang² yang beriman itu bersaudara.

الله أكبر وله الحمد



Friday 22 June 2012

Sunday 17 June 2012

Saturday 7 April 2012

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.
2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepert rumah yang tidak ada makanan.
3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkanbuah pinggang, membersihkan perut
5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.
6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.
7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.
8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.
9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.
10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular di restoran Itali)
12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.
 

Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

Tuesday 27 March 2012

Bahaya AJINOMOTO

Apa yang menjadi pertanyaan ialah adakah mee segera yang mengandungi Monosodium Glutamate (MSG) yang dimakan menyebabkan kita mendapat sakit kepala yang kuat?

Monosodium Glutamate ialah garam sodium yang digunakan sebagai penambah rasa makanan (flavour enhancer). Di pasaran ia juga dikenali sebagai Ajinomoto di Malaysia. MSG diperolehi melalui proses penapaian (fermentation) karbohidrat yang menggunakan yis dan bakteria akibat hidrolisis wheat gluten.

Ia digunakan dalam penyediaan stok (stok ayam dan ikan bilis), penyediaan sos barbeku dan mayonis, penyediaan makanan dalam tin, sejuk beku dan makanan kering serta di dalam penyediaan makanan snek seperti potato chips dan sebagainya.

United States Food and Drug Administration ( US FDA), satu badan kerajaan yang mengawal keselamatan makanan dan ubat-ubatan telah membuat kajian terhadap kesan MSG dalam makanan. Mereka membuat membuat kesimpulan bahawa pengambilan MSG secara sederhana adalah tidak merbahaya. Mereka memberitahu bahawa kesan sampingan yang utama ialah sakit kepala.

Walau bagaimana pun, tidak semua orang yang menggunakan MSG akan berasa sakit kepala. Ia sebenarnya bergantung kepada individu. Migrain lebih mudah dirasakan oleh orang yang mempunyai genotypes pada genetik yang sensitif terhadap MSG.(Diamond, Prager, and Freitag, 1986)

Ini kerana MSG ialah garam sodium pada asid amino, atau glutamate. Glutamate akan melekat pada glutamate receptor di neuron (saraf), seterusnya mengaktifkan sel-sel saraf. MSG juga dikenali sebagai unsur yang menyebabkan pengecutan dan pengembangan saluran darah (vasoactive substances) yang akan menyebabkan sakit kepala.

USFDA menasihatkan supaya pengambilan MSG tidak melebihi tiga gram, kerana ia boleh menyebabkan sakit kepala terutama bagi mereka yang sensitif terhadap MSG.

Hal ini telah ditulis oleh Baad-Hansen L, Cairns BE M dan Svensson P dari University of Aarhus, Aarhus, Denmark, di dalam Journal Cephalalgia April 28, 2009 yang bertajuk ‘Effect of Systemic Monosodium Glutamate (MSG) on Headache and Pericranial Muscle Sensitivity’.

Dalam artikel itu memberitahu bahawa pengambilan MSG melebihi tahap yg dibenarkan dalam jangka masa yang panjang boleh menyebabkan kesan kesihatan yang dinamakan ‘MSG symptom complex’.

Di Eropah, sakit kepala akibat MSG dirasakan oleh ramai orang Eropah yang menikmati makanan di restoran masakan Cina, maka ia dikenali sebagai ‘Chinese Restaurant Syndrome’. Syndrome ini menyerupai gejala 'MSG symptom complex’ yang digambar oleh Baad-Hansen L, Cairns BE M dan Svensson P dalam penulisan artikel mereka.

Mereka yang diserang gejala ini merasa sakit kepala setelah tiga jam memakan masakan Cina. Selain dari sakit kepala, mereka mereka mengalami tanda-tanda seperti muka merah dan mengalami rasa panas di bahagian muka, berpeluh-peluh, rasa muka ketat dan kebas, degupan jantung yang laju, sakit dada, loya dan muntah serta lemah badan.

Jadi berhati-hatilah ketika menikmati makanan segera.

Mee Segera murah tapi bahaya!

Kalsium Sulfat: Kapur Paris.

Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.

Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).
BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.

Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit binatang juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.

Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.

Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak dan mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran serta kerosakan saraf yang mungkin menjadi penyebab kanser.

lain2 rujukan:
http://cyberclinics.org/artikel-cyberclinics/bidang-perubatan-medical/72-kesan-memakan-mee-segera

Friday 3 February 2012

KELEBIHAN AYAT KURSI

1) Baca pada saat keluar rumah, 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi.
2) Baca saat masuk rumah, kemiskinan tidak akan memasuki rumahmu.
3) Baca setelah berwudhu, darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat.
4) Baca pada saat tidur, malaikat akan menjagamu sepanjang malam.
5) Baca setelah solat, maka jarak antara kamu dan syurga hanya kematian.

Sampaikan kepada orang lain, maka ini adalah sedekah jariah. Dan pada setiap orang yg mengamalkan, kamu akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat . Renung-Renungkan dan Selamat Beramal... :)

LARANGAN MINUM BERDIRI

Mengapa Rasululloh SAW melarang kita minum sambil berdiri???

Ternyata secara perubatan, dlm tubuh kita terdapat penapis sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke kantung kencing, boleh mnyebabkan penyakit kristal ginjal.

Subhanallah, tiap perintah dan larangan Rasul pasti bermanfaat bgi umatnya!
Terapi air putih : JANGAN LUPA BANYAKKAN MINUM AIIR MASAK..

1. Minum 2 gelas air setelah bangun tidur..
dapat membersihkan organ-organ internal.

2. Minum segelas air 30 minit sebelum makan..
dapat membantu fungsi seluruh pencernaan + ginjal.

3. Minum segelas air sebelum mandi..
dapat menurunkan tekanan darah.

4. Minum segelas air sebelum tidur..
dapat mencegah stroke + serangan jantung.

"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali
(1) orang-orang yang beriman, (2) dan yang beramal soleh
(3) dan yang berpesan2 pada kebenaran (4) dan yang berpesan2 pada kesabaran".
~Surah Al-'Asr.

Wednesday 4 January 2012

Penguasaan Awal Al Quran Pada Kanak-Kanak, Rahsia Genius Ilmuwan Islam

Dibelakang Kebanyakkan Setiap Ilmuwan Islam Yang Terkenal Adalah Ibubapa Yang Melatih Mereka Menghafal Al Quran Dari Umur Kanak-Kanak Hingga Mereka Dapat Menghafal Al Quran Pada Umur 7 -10 Tahun Kemudian Barulah Didedahkan Dengan Ilmu Lain.

Sekiranya Kita Merujuk Kepada Kejayaan Ilmuan Islam Di Zaman Kegemilangan Islam Dahulu, Majoritinya Adalah Penghafaz Al-Quran. Ini Adalah Bertepatan Dengan Hadis Nabi S.A.W Yang Menggalakkan Agar Kita Mengajar Anak-Anak Membaca Al-Quran.
"Yang Paling Pokok Adalah Menghafal Al Quran,Kerana Ia Adalah Ilmu Terpenting, Bahkan Para Salaf Tidak Mengajarkan Al-Hadis Dan Fikih Kecuali Yang Telah Hafal Al Quran" (Imam Nawawi)

da pelbagai pandangan dalam pendidikan awal kanak-kanak bergantung kepada latar belakang ibubapa kanak-kanak tersebut dalam memilih kecenderungan pendidikan untuk anak mereka. Ada yang memilih untuk mendahulukan pengajaran ilmu dunia, contohnya belajar membaca bahasa yang dipilih. Perbezaannya, mengajar yang lain selain dari al Quran hanya berhenti setakat 'kenal dan baca' tetapi tidak melatih untuk MENGHAFAL. Menghafal meningkatkan memori atau daya simpan maklumat dalam otak kanak kanak.

Jika kita perhatikan hari pertama bayi dilahirkan, mereka disambut dengan azan dan iqamat. Allah telah memberi pengajaran kepada kita bahawa bayi boleh diajar dengan memperdengarkan apa yang kita mahu ajarkan kepadanya. Maka adalah sebaiknya bayi yang baru dilahirkan, selalu diperdengarkan dengan ayat alQuran. Inilah cara memulakan pendidikan alQuran pada bayi.

Mereka yang baru lahir adalah umpama disket kosong yang sedia untuk ditulis apa-apa pelajaran yang didedahkan kepadanya. Menurut kajian Sains, otak kanak-kanak sudah sangat bersedia untuk menerima apa-apa pelajaran sejak lahir. Otaknya pada waktu ini ibarat sponge yang amat mudah menyerap air jika diletakkan di air. Pada umur 2 tahun, kapasiti otak kanak-kanak sudah menyamai 80% otak dewasa.

Kanak-kanak semuanya sama. Yang membuat mereka berbeza adalah kualiti dan kuantiti didikan yang ibubapa mereka dedahkan di waktu usia kritikal ini. Kanak-kanak jika didedahkan lebih awal, mampu mempunyai 3 kemahiran iaitu mengenal huruf, membaca dan menghafal alquran pada umur seawal 3 Tahun. Kemahiran yang diperolehi ini akan meningkatkan IQ otak mereka dan akan mempengaruhi daya berfikir dan daya menyerap pelajaran/ilmu, bila mereka dewasa nanti. Ia ibarat'BRAIN TRAINING' yang akan menghasilkan daya konsentrasi, fokus, kreativiti dan kelajuan berfikir yang bermanfaat untuk jangka masa panjang.

Mengajar alQuran kepada bayi dan kanak-kanak adalah berbeza dari mengajar orang dewasa. Mengajar kanak-kanak perlu lebih kreatif dengan memahami dunia kanak-kanak yang perlu bermain. Sebagai contoh, bayi setahun lebih akan memaksa ibubapa kreatif dalam mencuri tumpuannya untuk menyebut setiap flashcard yang ditunjukkan kerana pada waktu ini mereka dalam peringkat suka meneroka dan mula melakukan pelbagai 'kerja'nya sendiri. Ini lebih ketara untuk kanak-kanak lelaki berbanding perempuan.

Anak lelaki dan anak perempuan mempunyai cara belajar yang berbeza, Berbanding dengan anak perempuan, anak lelaki lebih nakal dan kurang daya tumpuan. Masalah pelat juga lebih dialami oleh kanak-kanak lelaki berbanding perempuan. Jika ibubapa mempunyai anak yang pelat, bersegeralah ajarkan mereka al Quran kerana ia adalah 'speech therapy' bagi kanak-kanak tersebut. Mengikut kata pakar, bagi mereka yang mempunyai kanak-kanak pelat, ibubapa perlulah bercakap dengan bulat dan jelas pada mereka selalu. Dalam kesibukkan, ibubapa selalunya tidak berkesempatan untuk berbuat begitu selalu setiap kali kita bercakap. Maka, jika ada anak pelat, segeralah ajarkan mereka al Quran kerana al Quran itu perlu dibaca dan disebut dengan betul maka dalam proses mengajarnya, kita menyebutnya dengan bulat dan jelas, menyebabkan pelat mereka hilang secara berperingkat.

Rasululullah pernah bersabda:

"Memberi ilmu ketika masih kecil, laksana melukis di atas batu!" (Riwayat Baihaqi dan Thabrani).


Sememangya ini telah dibuktikan dalam sains bahawa jalinan saraf neuron otak pada kanak kanak sangat aktif dimana pada 3 tahun pertama bayi, sejumlah 300 trillion sel penghubung diwujudkan di dalam otak dimana sebelumnya tiada.

Abu Hurairah R.A. Meriwayatkan Secara Marfu' : "Siapa Yang Mempelajari Al Quran Ketika Masih Muda, Maka AlQuran Itu Menyatu Dengan Daging Dan Darahnya. Dan Siapa Yang Mempelajarinya Ketika Dewasa, Ilmu Itu Akan Lepas Darinya Dan Tidak Melekat Pada Dirinya, Maka Dia Mendapatkannya Pada Hal Dua Kali". (Diriwayatkan Oleh Baihaqi, Dailam Dan Hakim)

Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Sheikh Ismail Muhammad, 66, semasa ditemubual satu akhbar tempatan menyatakan "..jika kanak-kanak telah dididik dan diterapkan al-Quran dalam dada sejak kecil, mustahil mereka akan melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh agama." jelasnya.


Popular Posts

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails