Wednesday, 28 December 2011
Saturday, 24 December 2011
Tuesday, 13 December 2011
BERHATI-HATI MAKAN SOSEJ DAN HOT DOGS
Monday, 12 December 2011
DARAH TALI PUSAT
Tahukah anda bahawa darah tali pusat boleh menyelamatkan anda, keluarga anda ataupun ramai orang lain? Tahukah anda ianya bernilai puluhan ribu ringgit? Malah untuk mencari darah yang “matching” dengan darah anda boleh mencecah ratusan ribu ringgit?
Apakah darah tali pusat atau biasa disebut sebagai “Stem Cells”?
Darah tali pusat (cord blood) atau disebut “placental blood” adalah darah yang berada di dalam salur tali pusat dan uri yang keluar bersama sama dengan kelahiran bayi apabila tali pusat tersebut dipotong.
Darah di dalam tali pusat bayi anda ini adalah sumber “stem cell” yang sangat bernilai yang secara genetiknya unik kepada bayi dan keluarga anda sahaja.
Apakah “stem cells?
Stem Cells ialah “master cells” kerana dari “sel master” inilah terbentuknya pelbagai tisu, organ dan sistem di dalam keseluruhan sistem tubuh kita. Sel stem mempunyai kemampuan untuk berubah menjadi kebanyakan jenis sel atau tisu dalam badan manusia yang lain. Stem cell yang ada di dalam “tali pusat” ini adalah “building blocks” kepada darah dan sistem pertahanan yang biasanya akan ditukarkan kepada:
Sel Darah Merah
Sel Darah Putih
Platelets (Sel yang akan memulihkan kecederaan)
Sel stem manusia boleh diprogram untuk menjadi sel otot, sel saraf, sel jantung dan sel darah. Oleh itu,ia boleh diguna untuk menjana sel-sel dan tisu-tisu gantian bagi merawat beberapa penyakit seperti Parkinson, Alzheimer, leukemia, angin ahmar, serangan jantung, kencing manis, sklerosis multipel, artritis reumatoid dan lumpuh saraf tunjang. Terdapat dua punca utama untuk sel stem:
Sel Stem Dewasa
Ia boleh diperoleh daripada janin yang gugur, darah tali pusat, sumsum tulang, darah dan otak. Sel-sel ini kurang mampu bertukar menjadi sel-sel khas berbanding dengan sel stem embrionik. Bilangannya agak kurang dan ada kalanya sukar untuk diperoleh (contohnya daripada bahagian otak dan retina mata).
Sel Stem Embrionik
Sel ini diperoleh daripada embrio yang terbentuk akibat persenyawaan luar tubuh (in-vitro fertilisation) ataupun melalui teknologi pengklonan (pemindahan nuklear sel somatik). Terdapat suatu perbahasan moral dan etika yang hangat dan berterusan tentang penggunaan embrio untuk penyelidikan.
Darah tali pusat merupakan punca yang agak baik untuk mendapat sel stem hemopoietik. Kira-kira 100ml boleh membina balik sistem hemopoietik dalam pesakit-pesakit yang kecil, biasanya kanak kanak.
Kebaikan transplantasi darah tali pusat berbanding dengan transplantasi sumsum tulang atau transplantasi darah periferal termasuk:
Si penderma tidak perlu memasuki hospital untuk menjalani prosedur pendermaan. Pergerakan sel stem memerlukan ubat, misalnya cyclophosphamide dan G-CSF (untuk penderma darah periferal) dan ubat bius untuk penderma sumsum tulang.Darah tali pusat mempunyai risiko yang lebih rendah untuk menyebabkan penyakit graft vs host berbanding dengan transplantasi sumsum tulang dan darah tepi.Kutipan darah tali pusat juga disyorkan dalam situasi-situasi yang tertentu, misalnya: Seorang anak yang menghidap leukemia, supaya adanya bekalan sel stem sekiranya penyakitnya berulang dan dia memerlukan transplantasi. Seorang anak yang memerlukan transplantasi sel stem tetapi penderma yang sesuai tidak ditemui.
Soalan Lazim Mengenai Bank Tali Pusat/Cord Blood Bank
Apakah tujuan adanya bank darah tali pusat (cord blood bank)? Adakah kerajaan memberi kemudahan simpanan darah tali pusat?
Kini, tumpuan yang besar diberikan kepada usaha menemui dan memperkembangkan suatu punca tetap sel yang mampu menjana jenis-jenis sel yang pelbagai. Ia juga bertujuan mengelakkan masalah penolakan tisu transplantasi (pemindahan).
Sel-sel tersebut yang dikenali sebagai sel stem mempunyai kemampuan untuk berubah menjadi kebanyakan jenis sel atau tisu dalam badan manusia.
Sel stem manusia boleh diprogram untuk menjadi sel otot, sel saraf, sel jantung dan sel darah. Oleh itu, ia boleh diguna untuk menjana sel-sel dan tisu-tisu gantian bagi merawat beberapa penyakit seperti parkinson,alzheimer, leukemia, angin ahmar, serangan jantung, kencing manis, sklerosis multipel, artritis reumatoid dan lumpuh saraf tunjang.
Darah tali pusat merupakan punca yang agak baik untuk mendapat sel stem hemopoietik (HSC). Kira-kira 100ml boleh membina balik sistem hemopoietik dalam pesakit-pesakit yang kecil; biasanya kanak-kanak.
Transplantasi darah tali pusat pertama berjaya dilakukan 16 tahun yang lalu. Sejak itu, lebih daripada 3,000 transplantasi sudah dilakukan di seluruh dunia. Hanya sebilangan kecil transplantasi dilaporkan di kalangan orang dewasa.
Kebaikan transplantasi darah tali pusat berbanding dengan transplantasi sumsum tulang atau transplantasi darah periferal termasuk:
Si penderma tidak perlu memasuki hospital untuk menjalani prosedur pendermaan. Pergerakan sel stem memerlukan ubat, misalnya cyclophosphamide dan G-CSF (untuk penderma darah periferal) dan ubat bius untuk penderma sumsum tulang.Darah tali pusat mempunyai risiko yang lebih rendah untuk menyebabkan penyakit graft vs host berbanding dengan transplantasi sumsum tulang dan darah tepi.Kini, tiada panduan yang rasmi di Malaysia tentang isu kutipan dan penyimpanan darah tali pusat untuk transplantasi pada masa depan.
Pusat Darah Negara sejak beberapa tahun dahulu telah mengutip dan menyimpan darah tali pusat sebagai projek Bank Darah Tali Pusat Nasional yang tidak bertujuan mendapat untung. Doktor-doktor boleh melakukan carian di senarai penderma awam untuk mendapat sampel daripada orang yang bukan saudara pesakit sebagai punca alternatif bagi transplantasi sel stem.
Isu ini bertambah rumit dengan adanya bank darah tali pusat swasta yang membuat tuntutan kesihatan tanpa sokongan fakta perubatan. Akademi Pediatrik Amerika Syarikat memberi amaran bahawa keluarga mudah terpedaya dengan aktiviti “pemasaran emosi” apabila anak mereka baru lahir.
Kemungkinan untuk seorang anak menghidap suatu penyakit yang memerlukan transplantasi darah tali pusat masih belum dikenal pasti. Tiada anggaran tepat untuk kebarangkalian seorang anak memerlukan sel-sel sendiri yang disimpan. Tekaan yang paling hampir untuk keperluan ini adalah 1 dalam setiap 1,000 hingga 1 dalam 200,000 kes. Anggaran ini menunjukkan bahawa keperluannya amat kecil untuk seseorang menggunakan sel-selnya yang disimpan.
Petunjuk saintifik untuk kutipan dan simpanan darah tali pusat amat sedikit dan kecil. Keluarga yang mempunyai penyakit genetik yang boleh dirawat dengan transplantasi sel stem harus mengutip dan menyimpan darah tali pusat setiap anaknya. Kutipan darah tali pusat juga disyorkan dalam situasi-situasi yang tertentu, misalnya:
Seorang anak yang menghidap leukemia, supaya adanya bekalan sel stem sekiranya penyakitnya berulang dan dia memerlukan transplantasi.Seorang anak yang memerlukan transplantasi sel stem tetapi penderma yang sesuai tidak ditemui.Penyimpanan darah tali pusat oleh bank tali pusat swasta berdasarkan premis bahawa sel-sel disimpan untuk digunakan oleh ahli-ahli keluarga dan khususnya untuk anak tersebut sendiri (transplantasi autologus).
Transplantasi autologus menimbulkan masalahnya yang tersendiri kerana sel-sel stem seseorang mungkin tidak dapat mengubati patologi yang menyebabkan penyakit tersebut. Dalam kes leukemia dan penyakit kongenital seperti Talasemia dan Anemia Fanconi, memindahkan sel-sel sendiri dengan gen dan struktur imun yang cacat (dan menjadi punca penyakit tersebut) adalah kurang logik kerana ia akan “memulangkan” penyakit tersebut kepada diri sendiri.
Jumlah darah tali pusat yang dikutip pada waktu lahir, iaitu 80-100ml memadai untuk bayi atau si anak kecil. Bilangan sel stem tidak mencukupi sekiranya si bayi memerlukannya pada masa depan di alam remaja dan dewasa.
Oleh itu, konsep “insurans biologi” yang kerap dipromosikan oleh bank tali pusat swasta tidak tepat dan tidak kukuh. Perkiraan aktuari menunjukkan bahawa kemungkinan sel-sel tersebut akan digunakan sangat rendah. Dan juga, keperluan seseorang untuk ditransplantasi dengan darah tali pusatnya sendiri amat kecil.
Sebaliknya, penyimpanan darah tali pusat awam harus diperluaskan bagi kebaikan orang ramai. Kutipan darah tali pusat yang altrusitik (yang menguntungkan orang ramai) dan pendermaan khusus untuk keluarga berisiko tinggi harus digalakkan. Bank Darah Tali Pusat Nasional telah ditubuhkan untuk mencapai objektif-objektif ini tanpa kos. Di samping menyimpan darah tali pusat untuk penggunaan sendiri, orang lain yang memerlukan darah tali pusat boleh memanfaatkannya melalui transplantasi alogenik (berbeza dari segi
genetik).
Tuesday, 6 December 2011
Ibu Bapa Terlalu Sibuk, Anak Terabai
Menurut Abdullah Nasih Ulwan, antara faktor terbesar yang menyebabkan anak-anak terpesong haluannya ialah kerana ibu bapa tidak melakukan kerja pendidikan. Mereka fikir bahawa tugas mereka selesai dengan memberikan makanan dan pakaian yang cukup. Selebihnya mereka serahkan kepada sekolah, atau Pasti.
Malang sungguh tanggapan begini. Binatang seperti harimau pun tahu tanggungjawabnya mendidik. Harimau tidak membiarkan anak-anaknya membesar tanpa dia mendidik dan melatih mereka terlebih dahulu. Harimau mendidik anak tentang bagaimana memburu binatang. Apabila si ibu memburu, dia sengaja tidak terus membunuh buruannya untuk dijadikan santapan.
Sebaliknya, dia hanya mencederakan buruan itu. Maka binatang buruan itu terus cuba melepaskan diri sambil lari terhencot-hencot kerana kakinya sudah cedera. Pada waktu inilah, si anak-anak harimau tadi berlatih mengejar dan menangkap buruan. Binatang buruan yang cedera itu menjadi alat pendidikan secara praktikal. Si ibu pula hanya memerhatikan bagaimana anak-anaknya berlatih. Selepas beberapa siri latihan, dan anak-anak harimau tadi sudah cekap, barulah mereka dibiarkan berdikari mencari rezekinya sendiri.
Jika harimau pun tahu tanggungjawab mereka, bagaimana pula ada ibu bapa sanggup mengabaikan pendidikan anak-anak. Harimau mahu anaknya mampu menangkap buruan, maka dia rela menghabiskan masanya melatih anak itu. Yang peliknya, manusia pula mahu anaknya cemerlang, berjaya dan soleh, namun tidak berusaha ke arah itu. Mereka langsung tidak perasan bahawa diri mereka adalah sebenarnya seorang 'pendidik'.
Mendidik Bukan Menternak!
Ibu bapa perlu ingat bahawa mereka berperanan untuk mendidik anak, bukan sekadar 'menternak' anak-anak. Allah menjadikan anak-anak itu sebagai amanah yang amat berharga. Jangan sia-siakan mereka. Mereka bukannya makhluk yang boleh membesar hanya dengan makan dan pakai yang cukup. Mereka punya jiwa dan hati, juga punya nafsu dan perasaan. Kantung kalbu mereka tidak boleh dibiarkan kosong. Jika ibu dan bapa tidak berusaha untuk mengisi kantung kalbu itu dengan iman dan ihsan, nescaya virus-virus perosak akan menyelinap masuk dan merosakkan pekerti anak-anak. Jiwa mereka punya potensi untuk menjadi manusia sebaik malaikat. Namun, nafsu mereka juga ada potensi menjadikan mereka sejahat syaitan.
Kita sering dengar Hassan Al-Banna sebagai seorang pendakwah hebat. Buku Cinta di Rumah Hassan Al-Banna.
Maka 'sibuk' itu bukan alasannya. Kita memang dilahirkan di dunia ini untuk menjadi orang sibuk. Orang yang tidak sibuk ialah orang yang cuai, lalai dan mundur. Maka semua kita perlulah sibuk. Maknanya, orang-orang yang pernah berjaya melahirkan anak-anak yang hebat juga dulunya sibuk, seperti kita. Soalnya kita sibuk dengan apa? Bukankah 'mendidik anak' itu salah satu tugas kita dalam senarai fungsi-fungsi kita sebagai seorang 'bapa' dan 'ibu'?
Orang sibuk dan bijak akan menyenaraikan fungsinya. Fungsi kita bukan sekadar 'pengarah syarikat', 'pegawai kewangan', 'jurutera kanan', 'pakar perbidanan', 'setiausaha persatuan' atau seumpamanya. Fungsi kita juga perlu senaraikan fungsi-fungsi kita sebagai 'anak kepada ibu bapa', 'suami', 'isteri', 'bapa', dan 'ibu'. Selepas fungsi disenaraikan, kita perlu pula mencatatkan tugas-tugas kita bagi setiap fungsi itu. Maka tugas 'mendidik anak' itu satu tugas besar, dan sangat penting – walau pun biasanya tidak 'urgent' – yang perlukan ruangan masa yang panjang.
Monday, 5 December 2011
Doa Tidak Mampu Membayar Hutang
" Ya Allah ya Tuhanku, cukupkanlah aku dengan (perkara-perkara) halal yang ada pada-Mu daripada yang haram dan memadailah aku dengan kelebihan daripada-Mu dengan yang datang daripada selain-Mu "
Kaifiat Dan Khasiat
Daripada Ali r.a. bahawa seorang hamba Mukatab datang kepadanya seraya berkata : "Saya tidak mampu membayar tebusan diri (Kitabah) ku, tolonglah aku ! " Ali menjawab: "Mahukah engkau jika aku ajarkanmu beberapa kalimah doa yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. kepadaku, biarpun engkau menanggung hutang setinggi bukit sekalipun, kelak Allah akan melunaskannya buat engkau ? Jawab hamba Mukatab tersebut : " Ya,ajarkanlah saya ! " Ali berkata : "Bacalah doa ini (iaitu doa tersebut).
Kaifiat Dan Khasiat
Daripada Ali r.a. bahawa seorang hamba Mukatab datang kepadanya seraya berkata : "Saya tidak mampu membayar tebusan diri (Kitabah) ku, tolonglah aku ! " Ali menjawab: "Mahukah engkau jika aku ajarkanmu beberapa kalimah doa yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. kepadaku, biarpun engkau menanggung hutang setinggi bukit sekalipun, kelak Allah akan melunaskannya buat engkau ? Jawab hamba Mukatab tersebut : " Ya,ajarkanlah saya ! " Ali berkata : "Bacalah doa ini (iaitu doa tersebut).
Solat Sunat Dhuha
Firman Allah s.w.t :
Demi waktu Dhuha dan demi Malam apabila menjadi sepi. Tidaklah Tuhanmu meninggalkanmu dan tidaklah Dia membencimu. Dan Akhirat itu lebih baik daripada dunia ini. Dan pasti Tuhanmu akan memberi kepadamu kurniaan hingga kamu menjadi suka.
(Surah al-Dhuha : 1-5 )
Di sini Allah s.w.t menjadikan waktu Dhuha sebagai bahan persumpahan-Nya. Itu menunjukkan bahawa waktu Dhuha itu ada keistimewaannya , antara keistimewaannya adalah seperti yang telah di sebut oleh Allah s.w.t., waktu Dhuha adalah waktu Allah s.w.t mencurahkan kurniaan kepada hamba-Nya.
Kurniaan Allah suatu kurniaan hakiki yang pasti akan menggembirakan kita.
Oleh itu sesiapa yang mahukan kurniaan Allah s.w.t hendaklah dia berhubung dengan Allah s.w.t melalui ibadah solat sunat Dhuha.
Sabda Rasulullah s.a.w dalam hadis Qudsi yang bermaksud :
" Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud , "Hai anak Adam, solatlah kepadaKu empat rakaat pada permulaan siang nescaya akan Aku cukupkan keperluanmu pada akhir siang." (Riwayat Tirmizi)
Orang yang lemah imannya selalunya akan berpaling daripada Allah lalu pergi menemui bomoh untuk mendapatkan tangkal dan pelaris. Rumah dan gerai-gerai dipenuhi wafak-wafak yang mereka percaya boleh membantu memberi mereka kejayaan, tetapi akhirnya tetap juga kecewa. Perbuatan-perbuatan sedemikian syirik dan menjadikan Allah s.w.t. murka kepada mereka dan hilang keberkatannya.
Sebaliknya orang yang kuat imannya kepada Allah s.w.t akan tetap menaruh keyakinan penuh terhadap Allah s.w.t . Mereka yakin Allah sahaja yang boleh memberikan kesenangan dan kepayahan.
Sebagai tanda kekuatan iman mereka kepada Allah, apa-apa sahaja keperluan mereka, mereka akan meminta hanya kepada Allah melalui amal ibadah.
Firman Allah s.w.t
" Hai orang beriman bertakwalah kepada Allah dan carilah kepada-Nya wasilah. Dan berjuanglah di jalan Allah, semoga kamu berjaya. "
( Surah al-Maidah : 35 )
Wasilah yang di maksudkan di sini jelan bukanlah apa yang berbentuk kubur,batu atau kayu yang dijadikan sebahagian manusia untuk mendekatkan diri kepada Allah, sebaliknya itu semua hanya akan menjauhkan kita daripada Allah s.w.t
Sebaik-baik wasilah yang dimaksudkan ialah apa-apa jua ibadah yang boleh mendekatkan diri kepada Allah s.w.t maka apa-apa sahaja yang diinginkan akan dikabulkan-Nya.
Beberapa hadis Nasi Muhammad s.a.w ada menerangkan tentang kesan solah sunat Dhuha kepada tubuh kita.
Antaranya :
Fadilatnya-Kekuatan Jasmani
Daripada Buraidah katanya telah bersabda Rasullah s.a.w. yang bermaksud "
" Pada diri manusia ada 360 ruas tulang, dituntut ke atasnya untuk memberi sedekah kepada setiap satu daripada ruas-ruas tersebut.
Para sahabat bertanya, 'Siapakah yang terdaya melakukan ya Rasulullah ? ' Lalu beliau bersabda, ' Boleh juga dilakukan dengan menanam kahak di lantai masjid atau menghilangkan halangan di jalan, kalau tetap tidak dapat dilakukan makan dengan melakukan dua rakaat solat Dhuha boleh cukup baginya."
( Riwayat Ahmad dan Abu Daud dan dengan lafaz lain oleh muslim )
Setiap yang wujud dalam tubuh bandan manusia hidup memerlukan makanan. Ia boleh membesar dan boleh mati dan tidak berkembang lagi.
Begitu juga halnya dengan kerohanian kita. Ia boleh hidup subur dan boleh juga mati.
Santapan bagi jasmani ialah makanan-makanan yang kasar sementara santapan bagi rohani pula ialah amal ibadah.
Pada setiap ruas tulang kita, ada semacam cecair yang bertindak sebagai pelincir kepada pergerakan tulang belulang kita. Cecair ini yang di sebut sebagai ligament juga merupakan mahkluk hidup yang boleh berkembang atau menjadi kering dan mati.
Ia juga memerlukan makanan untuk terus hidup segar. Cuma sajaha makannya bukanlah berbentuk bahan kasar, sebaliknya seperti apa yang diterangkan oleh Nabi Muhammad s.a.w, makhluk-makhluk ini memerlukan sedekah untuk terus berkembang hidup dan makanan yang di perlukan adalah zikir kita. Kajian telah di buat , setiap makhluk yang sekecil kuman di dalam air sekalipun akan mleonjak apabila nama-nama Allah di sebut !.
Inilah hikmah besar yang digambarkan oleh Rasulullah s.a.w , tanpanya kita tidak mungkin akan menyedarinya. Menurut hadis tersebut yang sesuai dengan kajian biologi, tubuh badan manusia mengandungi lebih kurang 360 ruas tulang.
Kalau setiap ruas itu memerlukan satu Subhanallah, satu Alhamdulillah, satu Allahu Akbar dan satu Lailahaillallah, maka setiap hari kita perlu berzikir sekian banyak.
Namun, dengan DUA RAKAAT SOLAT DHUHA, seseorang itu akan memperoleh 360 zikir tersebut untuk menjadikan sedekah kepada ruas-ruas tersebut.
Ingatlah, ini antara faktor keimanan yang mesti diyakini oleh orang yang beriman, orang yang beriman akan percaya kepada kebenaran yang di ampaikan oleh Allah dan Rasul-Nya walaupun tidak di lihat dengan mata kasar sekalipun.
Inilah kaitan tiga serangkai antara iman, ibadah dan kesan faedah dalam penghidupan.
Insya-Allah , orang yang mengamalkan solat Dhuha tidak akan mengalami sakit ruas tulang seperti sakit kaki, sakit pinggang dan lain- lain.
Demikianlah hasil dan faedah yang di peroleh dengan melakukan solat Dhuha.
Memandangkan solat Dhuha ini merupakan solat sunat yang Muqayyad, maka waktu dan jumlah rakaatnya telah di tetapkan.
Waktunya
Dari setelah matahari meninggi sejengkal , lebih kurang jam 8.00 pagi hinggalah sebelum matahari menegak, iaitu tengahhari. Tidak boleh dilakukan sebelum dan sesudah batas waktu tersebut.
Rakaatnya
Dari paling sedikit dua rakaan dan mengikut riwayat yang sah paling banyak 12 rakaat. Tidak boleh dilakukan kurang daripada dua rakaat.
Tatacaranya
Setelah pasti masuknya waktu Dhuha, maka lakukanlah dalam keadaan berwuduk . Dilakukan dua rakaat dan ditutup dengan salam atau boleh juga dilakukan dengan empat rakaat satu kali salam.
Rakaat Pertama
1. Niat dalam hati dengan berkata, " Sahaja Saya olat Dhuha dua/empat rakaat kerana Allah "
2. Takbir
3. Baca Doa Iftitah
4. BacaTa'awwudz
5. Baca Surah al-Fatihah
6. Baca apa-apa sahaja surah dipilih
7. Takbir dan rukuk
8. Iktidal dan bacaannya
9.Sujud dan bacaannya
10. Duduk dan Bacaannya
11. Sujud dan bacaannya
12. bangun rakaat kedua dengan takbir.
Rakaat kedua
1. Baca surah al-Fatihah
2. Baca apa-apa ahaja surah yang dipilih
3. Takbir dan rukuk
4. Iktidal dan bacaannya
5. Sujud dan bacaannya
6. Duduk dan bacaannya
7. Sujud dan bacaannya
8. Duduk tahiyat akhir dan bacaannya
9. Salam Penutup
Kemudian kalau di khendaki, ditambah dua rakaat lagi dengan mengulangi cara tertera di atas dan seterusnya hingga 12 rakaat semuanya.
Pada sujud yang terakhir pada setiap dua rakaat kita sebutkan segala doa dan hajat kita, kita boleh sujud berapa lama dan meminta sebanyak doa yang di khendaki.
Solat Sunat Dhuha adalah antara solat individu yang tidak boleh dilakukan secara berjemaah.
"Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu,
cahayanya cahayaMu, kerinduannya kerinduanMu,
kekuatannya kekuatanMu,
ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit
maka turunkannya jika ada di bumi keluarkannya.
Jika cahaya jauh perdekatannya
dan jika ada hampir maka permudahkannya
dengan kebenaran dhuhaMu, cahayaMu, kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Allah cucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga dan para sahabatnya serta kesejahteraan.
Dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam."
Diriwayatkan oleh Tarmizi Nabi saw bersabda : Sesiapa shaja yang bersolat sunat dhuha dengan rutin, maka Allah akan mengampunkan dosa2nya walaupun sebanyak buih di lautan.
Sabda Nabi saw : Solat sunat Dhuha itu akan mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan) dan tidak ada yang akan memelihara sunat dhuha itu melainkan orang2 yang bertaubat.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
Apa yang menjadi pertanyaan ialah adakah mee segera yang mengandungi Monosodium Glutamate (MSG) yang dimakan menyebabkan kita mendapat sa...
-
Ramai yang kurang menggemari badam, namun tahukah anda kekacang ini mengandungi kuantiti lemak tidak tepu yang tinggi? DENGAN kulit yang ...
-
Menurut Sigmund Freud, tokoh Psikologi Barat mengkaji tentang perkembangan kanak-kanak dan beliau membahagikan perkembangan kanak2 kepada l...
-
Dr AC Guest Room will provide: ~ Double & Single bedroom (For 3 persons @ 1 family) ~ Air Conditioned ~ Space Mini Kitchen ...
-
Pengambilan Panadol Actifast Dan Soluble Memudaratkan Kesihatan Jangan ambil panadol actifast atau soluble jika anda rasa deman atau sakit...
-
ALOR SETAR 11 Mac – Masyarakat di negara ini diingatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan ubat-ubat herba yang dijual di pasar atau kak...
-
From the Brady Bunch and Partridge Family to the Cleavers, Cunninghams, and Cosbys, images of happy families have rarely been in short suppl...