Bahaya AJINOMOTO
Apa yang menjadi pertanyaan ialah adakah
mee segera yang mengandungi Monosodium Glutamate (MSG) yang dimakan
menyebabkan kita mendapat sakit kepala yang kuat?
Monosodium
Glutamate ialah garam sodium yang digunakan sebagai penambah rasa
makanan (flavour enhancer). Di pasaran ia juga dikenali sebagai
Ajinomoto di Malaysia. MSG diperolehi melalui proses penapaian
(fermentation) karbohidrat yang menggunakan yis dan bakteria akibat hidrolisis wheat gluten.
Ia digunakan dalam penyediaan stok (stok ayam dan ikan bilis),
penyediaan sos barbeku dan mayonis, penyediaan makanan dalam tin, sejuk
beku dan makanan kering serta di dalam penyediaan makanan snek seperti
potato chips dan sebagainya.
United States Food and Drug
Administration ( US FDA), satu badan kerajaan yang mengawal keselamatan
makanan dan ubat-ubatan telah membuat kajian terhadap kesan MSG dalam
makanan. Mereka membuat membuat kesimpulan bahawa pengambilan MSG secara
sederhana adalah tidak merbahaya. Mereka memberitahu bahawa kesan
sampingan yang utama ialah sakit kepala.
Walau bagaimana pun,
tidak semua orang yang menggunakan MSG akan berasa sakit kepala. Ia
sebenarnya bergantung kepada individu. Migrain lebih mudah dirasakan
oleh orang yang mempunyai genotypes pada genetik yang sensitif terhadap
MSG.(Diamond, Prager, and Freitag, 1986)
Ini kerana MSG ialah
garam sodium pada asid amino, atau glutamate. Glutamate akan melekat
pada glutamate receptor di neuron (saraf), seterusnya mengaktifkan
sel-sel saraf. MSG juga dikenali sebagai unsur yang menyebabkan
pengecutan dan pengembangan saluran darah (vasoactive substances) yang
akan menyebabkan sakit kepala.
USFDA menasihatkan supaya
pengambilan MSG tidak melebihi tiga gram, kerana ia boleh menyebabkan
sakit kepala terutama bagi mereka yang sensitif terhadap MSG.
Hal ini telah ditulis oleh Baad-Hansen L, Cairns BE M dan Svensson P
dari University of Aarhus, Aarhus, Denmark, di dalam Journal Cephalalgia
April 28, 2009 yang bertajuk ‘Effect of Systemic Monosodium Glutamate
(MSG) on Headache and Pericranial Muscle Sensitivity’.
Dalam
artikel itu memberitahu bahawa pengambilan MSG melebihi tahap yg
dibenarkan dalam jangka masa yang panjang boleh menyebabkan kesan
kesihatan yang dinamakan ‘MSG symptom complex’.
Di Eropah,
sakit kepala akibat MSG dirasakan oleh ramai orang Eropah yang menikmati
makanan di restoran masakan Cina, maka ia dikenali sebagai ‘Chinese
Restaurant Syndrome’. Syndrome ini menyerupai gejala 'MSG symptom
complex’ yang digambar oleh Baad-Hansen L, Cairns BE M dan Svensson P
dalam penulisan artikel mereka.
Mereka yang diserang gejala
ini merasa sakit kepala setelah tiga jam memakan masakan Cina. Selain
dari sakit kepala, mereka mereka mengalami tanda-tanda seperti muka
merah dan mengalami rasa panas di bahagian muka, berpeluh-peluh, rasa
muka ketat dan kebas, degupan jantung yang laju, sakit dada, loya dan
muntah serta lemah badan.
Jadi berhati-hatilah ketika menikmati makanan segera.
No comments:
Post a Comment