Sunday, 6 June 2010

LUaHan EmOsI aNaK

Kita selalu memarahi anak-anak yang suka menconteng dinding, padahal kita tidak ketahui bahawa setiap contengan yang dilakukan mempunyai maksud dan luahan isi hati mereka. Sebenarnya seni lukis merupakan cara mereka menterjemahkan apa yang dirasai dan dilihat. Justeru seni lukis sebagai terapi adalah cara efektif untuk kanak2 membentuk dan menjelaskan emosi. Malah ia juga tempat kanak2 meluahkan pendapat, emosi, ketakutan dlm persekitaran yang selamat.Setiap hasil seni kanak2 itu bercerita.

Maksud warna dilukis kanak-kanak;

1. Warna hitam dan Merah
Menjelaskan isyarat dia berdepan masalah. Rona hitam selalunya menggambarkan tekanan, rasa tiada harapan @ tersekat.


2. Merah merujuk kemarahan.


3. Biru dan hijau adalah warna tenang.


4. Warna kuning dan oren menandakan keceriaan


Apabila kanak2 melukis unsur menakutkan dan warna hitam, kanak2 itu sebenarnya berdepan masalah yang tidak mampu diluahkan dengan kata-kata.


Perhati dan cuba fahami perasaan anak2 kita supaya mereka dapat meluahkan perasaan mereka melalui seni lukis.
*Usrati Jannati*

Friday, 4 June 2010

BERHATI-HATI MEMILIH MAKANAN UNTUK KELUARGA

1. Jika anda makan satay , jangan pula lupa timun nya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen ! Apa bendanya karsinogen tu? Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah . Timun pula adalah anti-karsinogen.

2. Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C ! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. Barah akibat penggunaan bahan dalam Shampoo . Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS . Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telah pun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.

5. Kepada penggemar makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doctor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barah nya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'. Kalau istilah James Bond, 'Licence to kill!'

6. Bawang Goreng segera , Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan
bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.

Sebarkanlah maklumat ini kepada orang- orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi.
Sama-sama kita menjaga pemakanan anak-anak dan keluarga kita dari makanan yang kotor dan menjejaskan kesihatan. Makanlah makanan yang halal dan baik untuk kesihatan bersama.
*USRATI JANNATI*

Wednesday, 2 June 2010

SELAMAT BERCUTI PERTENGAHAN SEMESTER

Pejam celik dah masuk bulan Jun, cepat benar masa berlalu meninggalkan kita, tanpa disedari kita dah berada pertengahan tahun 2010 dan sekarang dah masuk cuti pertengahan semester (6 Jun hingga 26 Jun 2010). Segala perancangan semasa cuti ini sudah siap disusun.. bermula dengan pengajaran Kursus Dalam Cuti (KDC) (6 hingga 9 Jun 2010), disusuli pula dengan mengajar sambilan OUM bagi subjek Pendidikan Moral tahun 4 pada 12 Jun 2010.. dan pelbagai jemputan kenduri kendara sanak saudara dan sahabat handai.

Untuk merehatkan minda setelah penat membanting tulang selama 6 bulan ini, hajat di hati Usrati nak bawa keluarga berjalan-jalan ke Taiping Bandar Warisan, tempat di mana Usrati pernah bermukim pada 2003 hingga 2007 dulu, Sejak Usrati dapat bertukar ke negeri Serambi Mekah ini, belum pernah lagi Usrati bertandang ke sana, bukan apa, rasanya dah perit melalui perjalanan yang panjang merentasi lebuhraya Grik, Tasik Banding, Jeli dan sebagainya. Dah ramai kawan lama di sana dulu mengajak Usrati, bila datang ke Taiping ni.. Rindu jugak rasanya..

Entah tercapai atau tidak hanya masa yang menentukan. Kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan. Bila tiba masa ada saja pelbagai masalah yang timbul jika Allah tidak izinkan.

Tuesday, 1 June 2010

MillatFacebook (Muslim Facebook)

ISLAMABAD: Sekumpulan warga Pakistan mencipta laman web baru untuk menghubungkan 1.6 bilion Muslim selepas berang dengan laman Facebook kerana menyiarkan karikatur Nabi Muhammad selain mewujudkan saluran baru melawan propaganda anti-Islam.

Kumpulan itu membabitkan enam profesional teknologi maklumat (IT) di pusat budaya dan hiburan Pakistan, Lahore, yang melancarkan laman web www.millatfacebook.com, awal minggu ini.
Ia dilancarkan selepas mahkamah Pakistan mengarahkan sekatan ke atas Facebook sehingga Isnin ini atas bantahan terhadap satu laman Everyone Draw Mohammed Day (Hari Lakar Muhammad) yang menghina Islam.
“Millatfacebook dicipta bagi memenuhi keperluan sosial penduduk Pakistan. Laman untuk Muslim termasuk orang lain yang baik daripada agama lain turut dialu-alukan,” kata laman web itu kepada yang berminat menjadi ahli.

“Kami mahu beritahu ahli Facebook bahawa mereka akan terima padah jika mengganggu kami,” kata Ketua Pegawai Operasi syarikat yang menempatkan laman itu, Usman Zaheer, 24.

“Jika ada orang menghina nabi, kami akan jadi lawan mereka dan menyebabkan mereka rugi besar,” katanya yang bermimpi menjadikannya laman sosial terbesar Muslim.

Dikenali dengan singkatan MFB, seperti juga FB bagi Facebook, pengasasnya berkata, pakar IT kini berusaha memasukkan ciri-ciri lain ke dalamnya bagi mencabar pesaing dari California itu.
Setiap ahli memiliki ‘dinding’ untuk ulasan sahabat selain mengandungi kemudahan emel, foto, video, ruang sembang dan perbincangan.

Perkataan ‘Millat’ adalah bahasa Urdu yang biasa digunakan untuk merujuk kepada negara. Laman web itu sudah mempunyai 4,300 ahli selepas tiga hari dilancarkan, kebanyakannya warga Pakistan yang boleh berbahasa Inggeris dalam lingkungan usia 20-an.

Angka itu jauh lebih kecil daripada keahlian Facebook di Pakistan buat masa ini sebanyak 2.5 juta dan ulasan awal menunjukkan MFB memerlukan lebih banyak masa untuk benar-benar menyaingi FB.

Bagaimanapun, Usman gembira dengan hasil awal laman web itu yang sudah menarik penyertaan warga Britain, Bulgaria, Kanada, China, Russia, Emiriyah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat.

PESAN NABI SEBELUM TIDOR

SEBELUM Tidur

Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara , yaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an ,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir ,
3. Sebelum para muslim meredhoi kamu ,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh....

"Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"


Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
Bismillaahirrohmaan irrohiim , Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul lahuu kufuwan ahad' (3x )


Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku , maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat .
Bismillaahirrohmaan irrohiim , Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )


Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhoi kamu.
Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih ( 3 x )


Dan , perbanyaklah bertasbih , bertahmid , bertahlil , bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh "
Bismillaahirrohmaan irrohiim , Subhanalloohi Walh amd ulillaahi walaailaaha illalloohu alloohu akbar (3 x)

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah
sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid..

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Monday, 24 May 2010

3 GOLONGAN MANUSIA

Apabila kita mengadakan kenduri kahwin,3 golongan manusia yang akan menghadiri kenduri kita.

Golongan pertama adalah mereka yang di jemput dengan panggilan melalui mulut atau hebahan daripada jiran-jiran sebelah rumah dan mereka ini terdiri daripada sanak-saudara kawan-kawan kita serta jiran sekampung,mereka tidak perlu di beritahu dengan menggunakan kad jemputan dan mereka datang memang untuk bekerja dan menolong kita semasa kenduri tersebut.

Golongan kedua mereka yang di beritahu dengan menghulurkan kad jemputan kenduri dan golongan ini akan datang pada waktu tengahari, pada masa ini makanan baru sahaja siap dan masih berasap,mereka datang tepat dan terus makan dengan lahap sekali.

Golongan ketiga adalah golongan yang datang bersama rombongan pengantin,mereka akan duduk di meja yang paling baik dan makan lauk pengantin kekadang selepas makan terus balik, tuan rumah pun mereka tak sempat nak bersalaman.

Ini lah perumpamaan 3 golongan manusia yang datang ke masjid, apabila azan dilaungkan golongan pertama tadi akan terus menuju ke masjid tanpa di paksa atau pun di suruh,maka golongan ini adalah golongan yang Allah SWT akan memberi kerja untuk menjaga dan memelihara Islam.

Golongan kedua adalah mereka yang datang ke masjid apabila ada kuliah atau program apatah lagi selepas kuliah itu ada jamuan makanan, jika kuliah tiada maka batang dan lubang hidung pun tiada.

Akhirnya golongan yang ketiga adalah mereka akan ke masjid apabila ada pembesar dan menteri datang,maka golongan yang ke tiga ini adalah golongan manusia yang paling tidak berguna sekali.

Justeru itu, marilah sama-sama kita menjadi golongan pertama tadi apabila azan di laungkan terus berlari 100 meter ke masjid tanpa banyak bicara. Maka golongan pertama ini di beri jaminan oleh Allah SWT untuk jaga dan memelihara agama melalui tangannya. Mereka ini yang bakal memperjuangkan dan menegakkan agama Allah ini di tingkat teratas. Dunia tidak melalaikan mereka kerana mereka tahu barang yang di kejar adalah benda yang jauh sekali. Akhirat adalah matlamat yang di rebut demi mengapai redha dari-Nya.

Cuba kita bayangkan jika kita berhutang dengan orang,maka orang itu tengah cari kita,pada masa itu apa yang kita rasa?mesti kita rasa seolah-olah orang yang cari kita itu berada dekat sangat dengan kita,betul atau tidak?

Tuesday, 18 May 2010

MENDIDIK ANAK




Jadikan contoh

Kebanyakan ibu bapa tidak sedar akan pengaruh mereka terhadap anak-anak.

Anak biasanya cenderung terpengaruh dengan tabiat merokok, pengamalan diet yang tidak sihat, tidak memakai topi keledar dan sebagainya jika salah seorang daripada ibu bapa mempunyai tabiat buruk.

Ibu bapa perlu menjadi model yang baik sama ada dari segi tingkah laku mahupun kaedah pengurusan emosi.

Mendisiplinkan anak

Belajar mendisiplinkan anak secara efektif amat mustahak. Mendidik mereka kaedah bertindak balas dan mengurangkan tingkah laku yang buruk adalah salah satu contohnya.

Disiplin dan hukuman bukan perkara yang sama. Jika anda berdepan dengan masalah mendisiplinkan anak, maka jangan segan mendapatkan bantuan. Setiap kanak-kanak adalah berbeza. Teknik didikan tertentu tidak semestinya boleh diaplikasikan untuk semua anak.

Didikan adalah sebahagian besar daripada disiplin. Jika anak melenting, mengehadkannya daripada menikmati pelbagai keistimewaan mungkin satu tindakan yang wajar.

Tetapi, si anak tidak mungkin belajar atau tahu apa yang betul sehinggalah anda menunjukkan kepadanya. Luangkan masa untuk menerangkan perilaku yang betul kepada anak.

Memahami anak

Adakah anda memahami perkara yang dilakukan oleh anak? Mengapa anak kecil memandang anda dan sejurus selepas itu memukul abangnya atau melontarkan sesuatu ke atas lantai? Tidakkah dia tahu itu sesuatu yang salah?

Dia mungkin tahu tetapi tidak bermakna apa yang dilakukan itu jahat. Sebaliknya, kebanyakan kanak-kanak berada dalam kedudukan menerokai had mereka. Inilah satu proses normal dan merupakan sebahagian daripada perkembangan semula jadi. Jika anda berusaha memahami rasional anak, boleh jadi kemarahan dan reaksi anda tidaklah seteruk yang disangkakan.

Sebahagian besar ibu bapa telah mengukuhkan perilaku buruk anak tanpa disedari. Keadaan ini boleh berlaku apabila anak disalurkan dengan pelbagai perhatian negatif dan tidak konsisten. Sekiranya anda masih tidak dapat memahami mengapa anak bertindak sedemikian, maka ini mungkin bermakna teknik mendisiplinkan anak anda itu tidak berkesan.

Pemakanan sihat

Dewasa ini kebanyakan ibu bapa dilihat cenderung memanjakan anak. Malah, mereka juga terlupa meminta anak membasuh pinggan mangkuk setiap kali selepas makan. Sepatutnya, anak perlu belajar menghabiskan makanan agar tidak meninggalkan separuh daripada sajian tersebut di dalam pinggan.

Jika anda sentiasa membiarkan lebihan makanan berada dalam pinggan secara konsisten, tabiat ini akan terbawa-bawa sehingga ke alam dewasa. Untuk menyelesaikan masalah ini, anda mungkin boleh memberikan hidangan kecil kepada anak bagi melatihnya menghabiskan semua makanan. Sediakan juga pilihan makanan yang sihat seperti buah-buahan, sayuran, daging dan produk tenusu rendah lemak. Hadkan pengambilan minuman bersoda, tinggi gula dan makanan kaya lemak dalam diet pemakanan anak anda.

Aktiviti fizikal

Bilangan kanak-kanak dan anak remaja yang obes kian bertambah. Menghabiskan masa berjam-jam di depan televisyen, bermain permainan video dan komputer adalah antara puncanya. Jadi, selain pengamalan diet yang seimbang, pastikan anak diberi masa untuk melakukan aktiviti-aktiviti fizikal secara kerap untuk kekal sihat dan cergas.

Berkomunikasi secara efektif

Adakah anda tahu bagaimana berinteraksi dengan anak? Apakah yang akan anda lakukan apabila anak bermasalah? Belajar berkomunikasi dengan anak jelas merupakan satu kemahiran penting.

Sebenarnya terdapat banyak perkara yang boleh dibincangkan bersama anak. Misalnya, pendidikan seks, bahaya merokok dan penyalahgunaan dadah serta alkohol.

Sentiasa bersedia

Apakah yang akan anda lakukan pada kali pertama berdepan dengan masalah didikan anak yang spesifik? Misalnya, ketika anak bercakap bohong, mencuri atau ponteng sekolah? Anda mungkin tidak bersedia untuk setiap situasi tetapi perancangan awal mungkin dapat membantu.

Membuat perancangan awal juga boleh membantu anda berdepan dengan anak-anak yang sukar dikawal.

Sunday, 16 May 2010

CORETAN 16 Mei 2010

16 Mei 2010, tanggal keramat bagi insan bernama guru kerana pada tarikh ini semua orang tahu bahawa hari ini adalah Hari Guru Malaysia "Guru Pembina Negara Bangsa". Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada insan yang pernah mengajarku sewaktu ku mula hendak mengenali huruf A B C iaitu guru-guru di Sekolah Kebangsaan Sungai Bagan Labok Machang Kelantan.

Mereka (Guru) yang masih ku ingati dan terkesan sekali semasa mengajarku di SK Sg Bagan ini ialah Cikgu Soh (sekarang masih ada lagi ke tidak), beliau mengajarku subjek Bahasa Melayu darjah 1. Beliau lah yang mula-mula mengajarku mengenal huruf A B C, masih ku ingat lagi lagu-lagu yang beliau ajar melalui pengajaran dan pembelajarannya;

Bunyinya macam ni;
Anak rusa nani baru kembar ekor,
Apa dosa kami lalu tidak tegur.
Buah jambu masak, masak hujung julai,
Apa jamu kakak, nasi dengan gulai.

Dan masih banyak lagi yang beliau ajar sampai terkesan hingga sekarang; Pak Cik Kordi dll. Terfikir sejenak.. Kenapa guru sekarang tidak seperti guru dulu ye?

Jika hendak diceritakan kisah semasa di Sekolah Rendah, masih ramai lagi guru yang paling ku ingati; antaranya ialah Ustaz Mad yang mengajar subjek Pendidikan Islam. Dalam pengajarannya beliau selalu menggunakan kaedah pertanyaan dan soal jawab. Sasaran utama semasa mengajar di kelas ialah diriku kerana beliau tahu aku seorang yang lemah dalam subjek ini. Soalan yang selalu beliau tanyakan berkenaan dengan tajwid; Qalqalah Sugra dan Kubra. Beliau lah yang banyak mendidik ilmu agama ke dalam diriku sehingga hati ini mulai terpikat dan minat untuk mempelajari ilmu2 agama dengan lebih mendalam lagi.

Lalu ku teruskan langkah menyambung ke Sekolah Menengah Agama Syamsul Maarif dan kemudian ke Maahad Muhammadi Lil Banin Pengkalan Chepa.
Di Maahad Muhammadi ini telah ramai ku temui guru-guru yang berkaliber dan berwibawa. Ustaz Nik Abdul Kadir umpamanya yang menjawat sebagai Pengetua pada ketika itu menjadi idolaku. Beliau berpewatakan alim, warak dan pemurah. Semua staf, guru dan warga Maahad amat segan dan menghormati beliau kerana kewarakan beliau ini. Beliau telah banyak membimbing dan menunjuk jalan bagiku untuk terus melangkah di bumi ini. Bukan sahaja menasihatiku malah beliau juga banyak menyumbangkan material (kewangan) kepada ku untuk meneruskan pengajian kerana pada ketika itu dalam kesusahan dan kesulitan disebabkan pemergian kedua orangtua tercinta ke alam baqa'.

Sesungguhnya jasa dan sumbangan beliau terhadapku tidak akan terbalas hingga sekarang dan hanya Allah yang dapat membalasnya. Patutlah orang pemurah ini Allah akan murahkan rezekinya. Selang beberapa tahun beliau telah diangkat darjatnya sebagai Penolong Pengarah Yayasan Islam Kelantan. Beliau berkhidmat di situ selama beberapa tahun hingga pencen. Begitulah sedikit sebanyak coretan guru sempena hari guru ini.

Pada kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru-guruku yang terbaca coretan ini dan yang pernah mengajarku walau di mana dikau berada. Jasamu tidak akan dilupa dan hanya Allah yang dapat membalasnya;

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
"Apabila meninggal anak Adam, maka terputus semua amalan kecuali 3 perkara;
1. Sedeqah Jariah
2. Ilmu yang bermanafaat (Ilmu yang disampaikan oleh guru)
3. Anak yang Soleh.

Maka beruntung dan bersyukurlah kita dilahirkan sebagai guru kerana ilmu yang kita sampaikan itu akan mengalir terus dari generasi ke generasi akan datang (ilmu tidak akan putus).

"Kerana bermula daripada guru lah saya menjadi guru seperti sekarang..."
SELAMAT HARI GURU
"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"

"JIKA GURU-GURUKU TAHU BAHAWA MURIDNYA INI BERADA DI SINI, SUDAH PASTI MEREKA JUGA TURUT BERBANGGA DENGAN PENCAPAIAN DAN KEJAYAAN MURIDNYA INI" DI MANAKAH GURU-GURU KU YANG KUSANJUNGI DULU?
OH TUHAN TOLONG PERTEMUKAN DENGAN MEREKA YANG BANYAK BERJASA DAN MENYULUH SINAR (NUR) KEPADAKU, KU INGIN TEMUI, PELUK DAN TATAPI WAJAH MEREKA DI HARI GURU INI"

Saturday, 15 May 2010

KENDURI KESYUKURAN

Pada 01 Mei 2010 (Sabtu) bersamaan dengan Hari Buruh, saya mengambil kesempatan mengadakan kenduri kesyukuran. Kenduri yang diadakan ini bagi melepaskan beberapa hajat saya selama ini yang dah tertunai dan tercapai antaranya ; saya dan isteri dapat berpindah ke Kelantan pada 2007, mendapat tawaran biasiswa separuh masa Phd tahun 2009, memiliki kereta idaman dan menduduki rumah baru di Villa Impian.
Pada hari kenduri saya telah menjemput seramai lebih kurang 500 org jemputan yang terdiri dari sahabat handai rakan taulan pensyarah di IPG KKB, rakan guru isteri SMK PC, warga penduduk Kg Landak Padang Tembak, sanak saudara saya di Machang, sanak saudara isteri di Pasir Mas dan anak2 murid IPG KKB kelas Mate 1 dan 2 sem 1 dan sem 3, pelajar nasyid SMK PC.
Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang terlibat bagi menjayakan majlis kesyukuran ini terutama keluarga Hj Zahran dan Pn Shamsiah yg telah membantu menjadi Chef Gulai Kawah, Warga Penduduk Kg Landak, Sanak Saudara, Sahabat Handai serta murid2 yang disayangi Kelas Mate 1 dan 2 IPGKKB dan Pelajar Nasyid SMK PC kerana telah membantu meringankan beban saya sekeluarga.

Secara keseluruhannya saya berpuashati di atas kehadiran dan sokongan padu anda semua. Terima kasih yang tak terhingga dan hanya Allah yang dapat membalasnya.

Inilah Chef Gulai Kawah kita..

Para tetamu yang hadir..

Popular Posts

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails