Wednesday, 30 June 2010

SELAMAT HARI LAHIR AKHTAR

Pada hari Khamis 24 Jun 2010, maka genaplah puteri sulong Usrati Akhtar Zaiti 11 tahun, pada kesempatan ini seluruh warga Usrati ingin mengucapkan "Selamat Hari Lahir yang ke 11 tahun". Kami doakan Zaiti panjang umur dan dimurahkan rezki oleh Allah SWT. Masa berlalu begitu pantas sekali. Usrati masih ingat lagi sewaktu Zaiti mula2 hendak dilahirkan ke dunia ini 11 tahun yang lalu. Waktu itu Usrati berada di Sabah menjalankan tugas di sana. Umi keseorangan di Kelantan untuk melahirkan Zaiti. Disebabkan untuk melahirkan anak sulong, Umi tidak berani bersalin jauh dari maknya.

Betapa susahnya untuk melahirkan Zaiti pada waktu itu, 2 hari umi dalam kesakitan, sempat juga Umi dihantar ke Hospital An Nisa' kemudian ke Hospital Kota Bharu. Disebabkan terlalu lama Umi kesakitan, akhirnya Zaiti lahir dengan membuat pembedahan. Maka pada 24 Jun 1999 selamatlah Zaiti lahir ke dunia ini. Waktu itu Usrati masih berada di Sabah dan tidak sabar untuk menatap wajah kali pertama puteri sulong ini. Setelah dua minggu Zaiti dilahirkan baru lah Usrati dapat melihat wajah Zaiti yang kebetulan pada ketika itu cuti pertengahan semester.

Sepanjang memelihara dan membesarkan Puteri Zaiti ini banyak sekali cabaran-cabaran yang dilalui. Zaiti tidak banyak mendapatkan kasih sayang dari kami, kerana selang setahun selepas itu, Zaiti telah mendapat adik Puteri yang kedua Anis Zulaikha. Sekarang setelah mereka berdua membesar 10 dan 11 tahun, terasa seronok dan puas melihat perkembangan anak-anak.



No comments:

Popular Posts

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails