Thursday 12 August 2010

Elak terlebih minum produk 3-in-1

Kementerian Kesihatan mengesahkan bahawa produk minuman 3-in-1 yang kandungan gulanya melebihi 5 gram boleh memudaratkan kesihatan jika diambil secara berlebihan.

Kementerian itu dalam kenyataan hari ini menasihatkan produk makanan yang ditambah gula perlu dielakkan seperti yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Panduan Diet Malaysia supaya tidak melebihi 10 peratus daripada jumlah tenaga harian atau 10 sudu teh (50 gram) sehari bagi dewasa.

"Bagi remaja berusia antara 10 dan 18 tahun dalam sehari tidak melebihi 11 dan setengah sudu teh atau 58 gram; dan 6 dan setengah sudu teh (32 gram) sehari bagi kanak-kanak yang berusia antara setahun dan sembilan tahun," kata kenyataan tersebut.

Popular Posts

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails