Tuesday 8 June 2010

PERKEMBANGAN PERSONALITI KANAK-KANAK

Menurut Sigmund Freud, tokoh Psikologi Barat mengkaji tentang perkembangan kanak-kanak dan beliau membahagikan perkembangan kanak2 kepada lima peringkat ;


1. Peringkat Oral ( 0- 18 bulan)
Sebelum lahir lagi kanak2 memrlukan kasih sayang daripada ibu, semasa lahir ia memerlukan belaian ibu sewaktu menyusukan anak. Aktiviti menghisap susu berterusan hingga 18 bulan. Selepas itu kanak2 mula menggigit dgn memasukkan sesuatu ke dalam mulutnya. Ini menyebabkan semasa dewasa nanti boleh membawa kepada trait yg pasif, optimis dan ingin mengetahui.


2. Peringkat Anal ( 2 -4 tahun )
Kanak2 bersedia dan mengawal fungsi biologi seperti membuang air. Ibubapa perlu melatih anak2 kerana ia akan mempengaruhi sahsiahnya apabila meingkat dewasa.


3. Peringkat Falik ( 4 - 6 tahun )
Kanak2 seronok dgn organ jantinanya, memegangnya utk mendapat kepuasan, Komplek (oedipus) kanak2 lelaki tertarik pada ibunya, kompleks (elektra) kanak2 perempuan tertarik pada bapanya. Ketika ini paling kritikal kerana ia akan menentukan kepesatan seksual yg berkembang dlm diri seseorg individu.


4. Peringkat Pendaman ( 6 - 12 tahun )
Bermula gejala penyekatan seksual dalam diri individu, penuh dgn suasana menguatkan sifat serta ciri kelakian atau kewanitaan, keupayaan berkawan sesama rakan, lelaki @ wanita.


5. Peringkat Genital ( 12 tahun ke atas )
Struktur Ego menguasai diri. Diri menjadi maju dan selari dgn kematangan yang berfungsi. Ego yg terbentuk dlm diri kanak2 dijaga dan dikembangkan secara pengalaman yg baru serta bermakna. Kanak2 mula bersosialisasi, aktiviti berkelompok, persediaan perkahwinan, berkeluarga. Zaman kanak2 ditinggalkan dan peringkat dewasa telah bermula.



Kita sama2 perhatikan dan jaga perkembangan anak2 kita, adakah ia seperti apa yang diperkatakan oleh Sigmund itu. *USRATI JANNATI*

No comments:

Popular Posts

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails