Monday 24 May 2010

3 GOLONGAN MANUSIA

Apabila kita mengadakan kenduri kahwin,3 golongan manusia yang akan menghadiri kenduri kita.

Golongan pertama adalah mereka yang di jemput dengan panggilan melalui mulut atau hebahan daripada jiran-jiran sebelah rumah dan mereka ini terdiri daripada sanak-saudara kawan-kawan kita serta jiran sekampung,mereka tidak perlu di beritahu dengan menggunakan kad jemputan dan mereka datang memang untuk bekerja dan menolong kita semasa kenduri tersebut.

Golongan kedua mereka yang di beritahu dengan menghulurkan kad jemputan kenduri dan golongan ini akan datang pada waktu tengahari, pada masa ini makanan baru sahaja siap dan masih berasap,mereka datang tepat dan terus makan dengan lahap sekali.

Golongan ketiga adalah golongan yang datang bersama rombongan pengantin,mereka akan duduk di meja yang paling baik dan makan lauk pengantin kekadang selepas makan terus balik, tuan rumah pun mereka tak sempat nak bersalaman.

Ini lah perumpamaan 3 golongan manusia yang datang ke masjid, apabila azan dilaungkan golongan pertama tadi akan terus menuju ke masjid tanpa di paksa atau pun di suruh,maka golongan ini adalah golongan yang Allah SWT akan memberi kerja untuk menjaga dan memelihara Islam.

Golongan kedua adalah mereka yang datang ke masjid apabila ada kuliah atau program apatah lagi selepas kuliah itu ada jamuan makanan, jika kuliah tiada maka batang dan lubang hidung pun tiada.

Akhirnya golongan yang ketiga adalah mereka akan ke masjid apabila ada pembesar dan menteri datang,maka golongan yang ke tiga ini adalah golongan manusia yang paling tidak berguna sekali.

Justeru itu, marilah sama-sama kita menjadi golongan pertama tadi apabila azan di laungkan terus berlari 100 meter ke masjid tanpa banyak bicara. Maka golongan pertama ini di beri jaminan oleh Allah SWT untuk jaga dan memelihara agama melalui tangannya. Mereka ini yang bakal memperjuangkan dan menegakkan agama Allah ini di tingkat teratas. Dunia tidak melalaikan mereka kerana mereka tahu barang yang di kejar adalah benda yang jauh sekali. Akhirat adalah matlamat yang di rebut demi mengapai redha dari-Nya.

Cuba kita bayangkan jika kita berhutang dengan orang,maka orang itu tengah cari kita,pada masa itu apa yang kita rasa?mesti kita rasa seolah-olah orang yang cari kita itu berada dekat sangat dengan kita,betul atau tidak?

Tuesday 18 May 2010

MENDIDIK ANAK




Jadikan contoh

Kebanyakan ibu bapa tidak sedar akan pengaruh mereka terhadap anak-anak.

Anak biasanya cenderung terpengaruh dengan tabiat merokok, pengamalan diet yang tidak sihat, tidak memakai topi keledar dan sebagainya jika salah seorang daripada ibu bapa mempunyai tabiat buruk.

Ibu bapa perlu menjadi model yang baik sama ada dari segi tingkah laku mahupun kaedah pengurusan emosi.

Mendisiplinkan anak

Belajar mendisiplinkan anak secara efektif amat mustahak. Mendidik mereka kaedah bertindak balas dan mengurangkan tingkah laku yang buruk adalah salah satu contohnya.

Disiplin dan hukuman bukan perkara yang sama. Jika anda berdepan dengan masalah mendisiplinkan anak, maka jangan segan mendapatkan bantuan. Setiap kanak-kanak adalah berbeza. Teknik didikan tertentu tidak semestinya boleh diaplikasikan untuk semua anak.

Didikan adalah sebahagian besar daripada disiplin. Jika anak melenting, mengehadkannya daripada menikmati pelbagai keistimewaan mungkin satu tindakan yang wajar.

Tetapi, si anak tidak mungkin belajar atau tahu apa yang betul sehinggalah anda menunjukkan kepadanya. Luangkan masa untuk menerangkan perilaku yang betul kepada anak.

Memahami anak

Adakah anda memahami perkara yang dilakukan oleh anak? Mengapa anak kecil memandang anda dan sejurus selepas itu memukul abangnya atau melontarkan sesuatu ke atas lantai? Tidakkah dia tahu itu sesuatu yang salah?

Dia mungkin tahu tetapi tidak bermakna apa yang dilakukan itu jahat. Sebaliknya, kebanyakan kanak-kanak berada dalam kedudukan menerokai had mereka. Inilah satu proses normal dan merupakan sebahagian daripada perkembangan semula jadi. Jika anda berusaha memahami rasional anak, boleh jadi kemarahan dan reaksi anda tidaklah seteruk yang disangkakan.

Sebahagian besar ibu bapa telah mengukuhkan perilaku buruk anak tanpa disedari. Keadaan ini boleh berlaku apabila anak disalurkan dengan pelbagai perhatian negatif dan tidak konsisten. Sekiranya anda masih tidak dapat memahami mengapa anak bertindak sedemikian, maka ini mungkin bermakna teknik mendisiplinkan anak anda itu tidak berkesan.

Pemakanan sihat

Dewasa ini kebanyakan ibu bapa dilihat cenderung memanjakan anak. Malah, mereka juga terlupa meminta anak membasuh pinggan mangkuk setiap kali selepas makan. Sepatutnya, anak perlu belajar menghabiskan makanan agar tidak meninggalkan separuh daripada sajian tersebut di dalam pinggan.

Jika anda sentiasa membiarkan lebihan makanan berada dalam pinggan secara konsisten, tabiat ini akan terbawa-bawa sehingga ke alam dewasa. Untuk menyelesaikan masalah ini, anda mungkin boleh memberikan hidangan kecil kepada anak bagi melatihnya menghabiskan semua makanan. Sediakan juga pilihan makanan yang sihat seperti buah-buahan, sayuran, daging dan produk tenusu rendah lemak. Hadkan pengambilan minuman bersoda, tinggi gula dan makanan kaya lemak dalam diet pemakanan anak anda.

Aktiviti fizikal

Bilangan kanak-kanak dan anak remaja yang obes kian bertambah. Menghabiskan masa berjam-jam di depan televisyen, bermain permainan video dan komputer adalah antara puncanya. Jadi, selain pengamalan diet yang seimbang, pastikan anak diberi masa untuk melakukan aktiviti-aktiviti fizikal secara kerap untuk kekal sihat dan cergas.

Berkomunikasi secara efektif

Adakah anda tahu bagaimana berinteraksi dengan anak? Apakah yang akan anda lakukan apabila anak bermasalah? Belajar berkomunikasi dengan anak jelas merupakan satu kemahiran penting.

Sebenarnya terdapat banyak perkara yang boleh dibincangkan bersama anak. Misalnya, pendidikan seks, bahaya merokok dan penyalahgunaan dadah serta alkohol.

Sentiasa bersedia

Apakah yang akan anda lakukan pada kali pertama berdepan dengan masalah didikan anak yang spesifik? Misalnya, ketika anak bercakap bohong, mencuri atau ponteng sekolah? Anda mungkin tidak bersedia untuk setiap situasi tetapi perancangan awal mungkin dapat membantu.

Membuat perancangan awal juga boleh membantu anda berdepan dengan anak-anak yang sukar dikawal.

Sunday 16 May 2010

CORETAN 16 Mei 2010

16 Mei 2010, tanggal keramat bagi insan bernama guru kerana pada tarikh ini semua orang tahu bahawa hari ini adalah Hari Guru Malaysia "Guru Pembina Negara Bangsa". Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada insan yang pernah mengajarku sewaktu ku mula hendak mengenali huruf A B C iaitu guru-guru di Sekolah Kebangsaan Sungai Bagan Labok Machang Kelantan.

Mereka (Guru) yang masih ku ingati dan terkesan sekali semasa mengajarku di SK Sg Bagan ini ialah Cikgu Soh (sekarang masih ada lagi ke tidak), beliau mengajarku subjek Bahasa Melayu darjah 1. Beliau lah yang mula-mula mengajarku mengenal huruf A B C, masih ku ingat lagi lagu-lagu yang beliau ajar melalui pengajaran dan pembelajarannya;

Bunyinya macam ni;
Anak rusa nani baru kembar ekor,
Apa dosa kami lalu tidak tegur.
Buah jambu masak, masak hujung julai,
Apa jamu kakak, nasi dengan gulai.

Dan masih banyak lagi yang beliau ajar sampai terkesan hingga sekarang; Pak Cik Kordi dll. Terfikir sejenak.. Kenapa guru sekarang tidak seperti guru dulu ye?

Jika hendak diceritakan kisah semasa di Sekolah Rendah, masih ramai lagi guru yang paling ku ingati; antaranya ialah Ustaz Mad yang mengajar subjek Pendidikan Islam. Dalam pengajarannya beliau selalu menggunakan kaedah pertanyaan dan soal jawab. Sasaran utama semasa mengajar di kelas ialah diriku kerana beliau tahu aku seorang yang lemah dalam subjek ini. Soalan yang selalu beliau tanyakan berkenaan dengan tajwid; Qalqalah Sugra dan Kubra. Beliau lah yang banyak mendidik ilmu agama ke dalam diriku sehingga hati ini mulai terpikat dan minat untuk mempelajari ilmu2 agama dengan lebih mendalam lagi.

Lalu ku teruskan langkah menyambung ke Sekolah Menengah Agama Syamsul Maarif dan kemudian ke Maahad Muhammadi Lil Banin Pengkalan Chepa.
Di Maahad Muhammadi ini telah ramai ku temui guru-guru yang berkaliber dan berwibawa. Ustaz Nik Abdul Kadir umpamanya yang menjawat sebagai Pengetua pada ketika itu menjadi idolaku. Beliau berpewatakan alim, warak dan pemurah. Semua staf, guru dan warga Maahad amat segan dan menghormati beliau kerana kewarakan beliau ini. Beliau telah banyak membimbing dan menunjuk jalan bagiku untuk terus melangkah di bumi ini. Bukan sahaja menasihatiku malah beliau juga banyak menyumbangkan material (kewangan) kepada ku untuk meneruskan pengajian kerana pada ketika itu dalam kesusahan dan kesulitan disebabkan pemergian kedua orangtua tercinta ke alam baqa'.

Sesungguhnya jasa dan sumbangan beliau terhadapku tidak akan terbalas hingga sekarang dan hanya Allah yang dapat membalasnya. Patutlah orang pemurah ini Allah akan murahkan rezekinya. Selang beberapa tahun beliau telah diangkat darjatnya sebagai Penolong Pengarah Yayasan Islam Kelantan. Beliau berkhidmat di situ selama beberapa tahun hingga pencen. Begitulah sedikit sebanyak coretan guru sempena hari guru ini.

Pada kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru-guruku yang terbaca coretan ini dan yang pernah mengajarku walau di mana dikau berada. Jasamu tidak akan dilupa dan hanya Allah yang dapat membalasnya;

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
"Apabila meninggal anak Adam, maka terputus semua amalan kecuali 3 perkara;
1. Sedeqah Jariah
2. Ilmu yang bermanafaat (Ilmu yang disampaikan oleh guru)
3. Anak yang Soleh.

Maka beruntung dan bersyukurlah kita dilahirkan sebagai guru kerana ilmu yang kita sampaikan itu akan mengalir terus dari generasi ke generasi akan datang (ilmu tidak akan putus).

"Kerana bermula daripada guru lah saya menjadi guru seperti sekarang..."
SELAMAT HARI GURU
"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"

"JIKA GURU-GURUKU TAHU BAHAWA MURIDNYA INI BERADA DI SINI, SUDAH PASTI MEREKA JUGA TURUT BERBANGGA DENGAN PENCAPAIAN DAN KEJAYAAN MURIDNYA INI" DI MANAKAH GURU-GURU KU YANG KUSANJUNGI DULU?
OH TUHAN TOLONG PERTEMUKAN DENGAN MEREKA YANG BANYAK BERJASA DAN MENYULUH SINAR (NUR) KEPADAKU, KU INGIN TEMUI, PELUK DAN TATAPI WAJAH MEREKA DI HARI GURU INI"

Saturday 15 May 2010

KENDURI KESYUKURAN

Pada 01 Mei 2010 (Sabtu) bersamaan dengan Hari Buruh, saya mengambil kesempatan mengadakan kenduri kesyukuran. Kenduri yang diadakan ini bagi melepaskan beberapa hajat saya selama ini yang dah tertunai dan tercapai antaranya ; saya dan isteri dapat berpindah ke Kelantan pada 2007, mendapat tawaran biasiswa separuh masa Phd tahun 2009, memiliki kereta idaman dan menduduki rumah baru di Villa Impian.
Pada hari kenduri saya telah menjemput seramai lebih kurang 500 org jemputan yang terdiri dari sahabat handai rakan taulan pensyarah di IPG KKB, rakan guru isteri SMK PC, warga penduduk Kg Landak Padang Tembak, sanak saudara saya di Machang, sanak saudara isteri di Pasir Mas dan anak2 murid IPG KKB kelas Mate 1 dan 2 sem 1 dan sem 3, pelajar nasyid SMK PC.
Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang terlibat bagi menjayakan majlis kesyukuran ini terutama keluarga Hj Zahran dan Pn Shamsiah yg telah membantu menjadi Chef Gulai Kawah, Warga Penduduk Kg Landak, Sanak Saudara, Sahabat Handai serta murid2 yang disayangi Kelas Mate 1 dan 2 IPGKKB dan Pelajar Nasyid SMK PC kerana telah membantu meringankan beban saya sekeluarga.

Secara keseluruhannya saya berpuashati di atas kehadiran dan sokongan padu anda semua. Terima kasih yang tak terhingga dan hanya Allah yang dapat membalasnya.

Inilah Chef Gulai Kawah kita..

Para tetamu yang hadir..

Popular Posts

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails