Tuesday 27 March 2012

Bahaya AJINOMOTO

Apa yang menjadi pertanyaan ialah adakah mee segera yang mengandungi Monosodium Glutamate (MSG) yang dimakan menyebabkan kita mendapat sakit kepala yang kuat?

Monosodium Glutamate ialah garam sodium yang digunakan sebagai penambah rasa makanan (flavour enhancer). Di pasaran ia juga dikenali sebagai Ajinomoto di Malaysia. MSG diperolehi melalui proses penapaian (fermentation) karbohidrat yang menggunakan yis dan bakteria akibat hidrolisis wheat gluten.

Ia digunakan dalam penyediaan stok (stok ayam dan ikan bilis), penyediaan sos barbeku dan mayonis, penyediaan makanan dalam tin, sejuk beku dan makanan kering serta di dalam penyediaan makanan snek seperti potato chips dan sebagainya.

United States Food and Drug Administration ( US FDA), satu badan kerajaan yang mengawal keselamatan makanan dan ubat-ubatan telah membuat kajian terhadap kesan MSG dalam makanan. Mereka membuat membuat kesimpulan bahawa pengambilan MSG secara sederhana adalah tidak merbahaya. Mereka memberitahu bahawa kesan sampingan yang utama ialah sakit kepala.

Walau bagaimana pun, tidak semua orang yang menggunakan MSG akan berasa sakit kepala. Ia sebenarnya bergantung kepada individu. Migrain lebih mudah dirasakan oleh orang yang mempunyai genotypes pada genetik yang sensitif terhadap MSG.(Diamond, Prager, and Freitag, 1986)

Ini kerana MSG ialah garam sodium pada asid amino, atau glutamate. Glutamate akan melekat pada glutamate receptor di neuron (saraf), seterusnya mengaktifkan sel-sel saraf. MSG juga dikenali sebagai unsur yang menyebabkan pengecutan dan pengembangan saluran darah (vasoactive substances) yang akan menyebabkan sakit kepala.

USFDA menasihatkan supaya pengambilan MSG tidak melebihi tiga gram, kerana ia boleh menyebabkan sakit kepala terutama bagi mereka yang sensitif terhadap MSG.

Hal ini telah ditulis oleh Baad-Hansen L, Cairns BE M dan Svensson P dari University of Aarhus, Aarhus, Denmark, di dalam Journal Cephalalgia April 28, 2009 yang bertajuk ‘Effect of Systemic Monosodium Glutamate (MSG) on Headache and Pericranial Muscle Sensitivity’.

Dalam artikel itu memberitahu bahawa pengambilan MSG melebihi tahap yg dibenarkan dalam jangka masa yang panjang boleh menyebabkan kesan kesihatan yang dinamakan ‘MSG symptom complex’.

Di Eropah, sakit kepala akibat MSG dirasakan oleh ramai orang Eropah yang menikmati makanan di restoran masakan Cina, maka ia dikenali sebagai ‘Chinese Restaurant Syndrome’. Syndrome ini menyerupai gejala 'MSG symptom complex’ yang digambar oleh Baad-Hansen L, Cairns BE M dan Svensson P dalam penulisan artikel mereka.

Mereka yang diserang gejala ini merasa sakit kepala setelah tiga jam memakan masakan Cina. Selain dari sakit kepala, mereka mereka mengalami tanda-tanda seperti muka merah dan mengalami rasa panas di bahagian muka, berpeluh-peluh, rasa muka ketat dan kebas, degupan jantung yang laju, sakit dada, loya dan muntah serta lemah badan.

Jadi berhati-hatilah ketika menikmati makanan segera.

No comments:

Popular Posts

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails