Sunday 15 May 2011

SELAMAT HARI GURU 16 MEI 2011

Sedar tak sedar, tahun ini masuk tahun ke 13 aku memperhambakan diri sebagai seorang insan yang bernama guru.
Penat jerih serta pengalaman yang aku kutip selama menjadi guru. Bermula kerjaya guru pada 05 Jan 1998 di SMK Pinggan-Pinggan Pitas Sabah.

Aku mengutip pengalaman di sekolah pedalaman ini selama setahun bersama kaum Bajau dan Dusun yang mempunyai pelbagai nama2 unik. Ada bernama Tikus bin Jambatan, yang paling ku ingati ialah Sabah bt Malaysia. Itulah masyarakat Bajau dan Dusun yang unik.

Kemudian aku berpindah ke Maktab Sabah Kota Kinabalu pada tahun 1999 hingga 2002. Di sini pula aku bekerja di bawah pengetua cemerlang Pn Julia Willie Jock. Beliau seorang pengetua yang berwibawa dan segani oleh warga Maktab Sabah dan Daerah Kota Kinabalu.

Di Maktab Sabah ini aku telah belajar cara-cara mengurus sekolah yang baik dan di sini lah aku menimba banyak ilmu tentang bagaimana menjadi guru yang berkesan. Di Sekolah ini kawan sejawat bekerja tolong menolong dan menjalankan tanggungjawab masing2 tanpa ada rasa iri hati dan dengki.

Pengetua telah banyak memberikan aku pelbagai jawatan yang agak penting, penyelaras Pusat Sumber, Guru Disiplin dll. tapi sayang seribu kali sayang pada akhir tahun 2003 aku telah membuat rayuan ke KL untuk berpindah ke semenanjung iaitu di Taiping Perak dan telah ditempatkan di SMK Kg Jambu, Taiping yang baru dibuka pada 2001.

Di sini lah aku telah menyambung pengajian peringkat Master bidang Pengurusan dan Perkembangan Kurikulum di UPSI selama 2 tahun. Dengan ijazah Master inilah aku dapat melangkahkan kaki pulang ke negeri Kelantan yang kucintai ini.

Aku sendiripun tidak menduga dan menjangka bahawa aku dapat berpindah dan bertugas di Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu.

Siapa sangka siapa menduga, insan kerdil yang pernah belajar KPLI di IPG KKB ini pada tahun 1997 kini kembali dengan status sebagai seorang pensyarah di institut ini. Sekarang aku telah menyambung lagi pengajian ke peringkat PhD di UUM bidang Kurikulum dan Pengajaran.

Rupa-rupanya aku telah mengalami transformasi kehidupan dalam setiap fasa yang ku lalui. Untuk fasa seterusnya aku dapat merasakan bahawa beberapa tahun lagi aku akan mengalami transformasi lagi InsyaAllah...berkat doa rakan2 semua menjadi kenyataan... Amin Ya Rabbal Alaminnn...

No comments:

Popular Posts

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails